Sunday, June 24, 2007
SEJARAH TERAPI MAGNET
Sejarah pernah merekodkan ahli falsafah Yunani Aristotle pernah memperkatakan mengenai faedah terapeutik yang terdapat pada magnet semulajadi untuk mengurangkan kesakitan dan merawat pelbagai kesakitan. Ahli fizik Parsi juga pernah menggunakan magnet untuk melegakan “gout” dan kekejangan otot. Teori di sebalik terapi magnet yang dikatakan adalah ruang magnetik atau bahan yang boleh menghasilkan aliran elektromagnet boleh menembusi tubuh manusia dan memberi kesan kepada fungsi sel-sel serta memperbaikikan kelancaran sistem saraf dan organ tertentu. Pun begitu, bagaimana kuasa magnetik bertindak terhadap semua ini tidak dapat dijelaskan secara terang dan masih misteri. Namun, ada beberapa hipotesis dibuat mengatakan arus elektrikal yang dijana magnet “mengganggu” tranmisi isyarat sakit ke sistem saraf tunjang. Tanggapan lain pula mengatakan magnet meningkatkan pengaliran darah ke sesuatu bahagian tubuh lalu menggalakkan peredaran oksigen dan nutrien seterus mengurangkan kesakitan dan bengkak. Terapi magnetik biasanya digunakan untuk sakit bahagian sendi dan otot selain digunakan untuk mengurangkan sakit selepas pembedahan. Ada yang mengatakan ia dapat mengurangkan tekanan, insomnia, dan magrain disamping melawan jangkitan dan memperbaiki ketidakseimbangan sistem saraf.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
EDYMIUM BRACELET TERAPI MAGNET
GELANG BIOMAGNETIK UNTUK KESEHATAN
No comments:
Post a Comment